🛡️🛡️🛡️ Daripada: *Tun Hanif Omar,* Mantan Ketua Polis Negara. *MAJLIS DAKWAH NEGARA* – hak asasi kemanusiaan.
Kepada semua *Ahli Parlimen UMNO, PPBM dan PAS,* _jika ada di antara anda yang ingin menyokong Anwar_, luangkanlah sedikit masa membaca tulisan saya ini. Saya mohon juga kepada yang membaca ini dan mengenali mana-mana MP ‘forward’lah kepada mereka.
Kebelakangan ini hangat diperkatakan terdapat beberapa Ahli Parlimen yang akan berubah arah dan menyokong Anwar untuk menjadi Perdana Menteri. Alasannya mudah, kalau boleh menyokong Azmin, apa salahnya menyokong Anwar. Dua-dua pun sama.
Jika ini perkiraan anda sebagai Ahli Parlimen, maka pegangan anda dalam perjuangan amatlah daif dan dangkal.
Saya tidak menentang Anwar hanya kerana kes liwatnya pada tahun 2008 dan fitnah beliau terhadap DS Najib. Tapi saya menentang Anwar kerana pelbagai lagi masalah khususnya pegangan Anwar dalam politik.
“Apa juga agamanya, sama ada Islam, Kristian, Sikh, Hindu serta yang lain, saya percaya bahawa kebenaran-kebenaran yang paling tinggi (higher truths) akan mengatasi amalan-amalan semata-mata (mere practice) dan semua ibadatnya berpusat kepada kebenaran yang satu itu (singular truth): bahawa dari Allah kita datang dan kepada Allah kita kembali.”
Di atas ini bukanlah kata-kata TS Muhyiddin atau Azmin, tetapi petikan ucapan Anwar di London School of Econimics pada tahun 2010.
Lupakah anda pada klip audio perjumpaan sahabat-sahabat Anwar yang merupakan veteran ABIM dan cendekiawan Islam bersama Anwar? Mereka bangun membelasah Anwar kerana ucapannya yang keras berunsur Pluralisma Agama ini.
Dan anda rasa kenapa ramai sahabat-sahabat Anwar yang mempunyai latarbelakang agama meninggalkan Anwar seperti Al Fadzil Ustaz Ismail Mina, Prof Sidik Baba, Dr Yusri dan lain-lain?
Tidak keterlaluan jika saya katakan Almarhum Dato’ Dr Haron Din pun pada akhir usianya menjauhkan diri sejauh-jauhnya dari Anwar. Anda pula nak angkat Anwar jadi PM?
Sudah hilang pertimbangan agama ke? Lupakah anda pada laman web AIDC satu ketika dahulu? Berapa banyak dokumen-dokumen hubungan Anwar dan kuasa asing di dedahkan? Saya boleh sahkan bahawa dokumen tersebut adalah asli dan ada yang diperolehi dari saya sendiri. Surat-surat memohon bantuan dan dana daripada Soros, daripada Carl Greshman?
Anda lupa siapa Carl Greshman dan hubungan baik dia dan Anwar melalui National Endownment of Democracy (NED), agensi kerajaan Amerika yang menjadi front CIA dalam gerak kerja politik? Ingat lagi pada kawan baik Anwar? Paul Wolfowitz? Arkitek utama perang Iraq yang membunuh ratusan ribu nyawa? Dan juga Presiden ke 10 Bank Dunia.
Saya juga telah berulang-ulang kali cakap Anwar adalah pentadbir yang sangat-sangat teruk. Pengalaman bekerja dengan Anwar menyaksikan bahawa dia memang tidak mampu mengurus apa sahaja baik diri sendiri, masa, parti, pejabat dan orang-orangnya. Tidakkah kamu semua fikir mengapa bila Anwar dalam penjara partinya lebih tenang, tidak berperang sama sendiri dan mampu fokus sampai menang PRU?
Kegagalan Anwar mentadbir dengan baik serta kelemahan Anwar akan membuka peluang ‘rakan-rakan’ asing Anwar bertakhta di negara ini. Apalagi dalam keadaan ekonomi yang mendesak ketika ini. Ya, kedaulatan negara yang sudah lama kita pertahankan akan digadai.
Ya, anda juga jangan lupa betapa kuatnya Anwar membodek bangsa DAP sehingga isterinya mahu ‘membakulsampahkan’ ketuanan Melayu. Jangan LUPA.
Apa yang saya sebutkan ini hanyalah sedikit dari banyak lagi kisah dan fakta mengenai Anwar. Saya percaya sebagai Ahli Parlimen anda semua boleh berfikir dan boleh melakukan kajian tersendiri. Saya juga terbuka jika ada yang mahu berjumpa dan bertanya.
Memilih Anwar sebagai Perdana Menteri bukan lah ‘choosing between two evils’, tetapi seperti memilih Dajjal.
Saya tidak gentar dan saya tidak takut. Andai ditakdirkan Anwar jadi PM kerana tangan-tangan kamu, maka saya akan tetap lawan. Dan saya juga berdoa semoga Allah membalas anda dengan apa juga balasan yang setimpal di dunia dan di akhirat kerana meletakkan negara berdaulat ini dibawah manusia seperti Anwar. Jangan hanya kerana berkecil hati dengan percaturan politik seorang dua, maka sanggup nak gadai prinsip perjuangan dan masa depan negara.
Carilah titik persamaan agar pemimpin Melayu semua ini boleh berbincang dan bersatu. In syaa Allah saya akan bertandang ke Parlimen pada sesi akan datang. Jika ada yang menyokong Anwar, maka saya ingin bertentang mata dan mahu lihat muka-muka mereka yang menjadi pengkhianat agama, bangsa dan negara.
*SENARIO POLITIK YANG WAJIB DIFAHAMI SEMUA ORANG MELAYU/ISLAM* Dr Sulaiman Sarkawi
Assalamualaikum. Mulai sekarang kita akan berhadapan dgn *perang psikologi golongan Kiasu* dan penyokongnya. Mereka mahu rkyat marah kpd PAS, menolak PAS wlpun PAS nothing in the numbers. Mengapa mereka tidak sgt serang UMNO atau PBBM (Bersatu)? Mari kita buat analisis.
1. Selepas merdeka, nasionalisma Melayu Islam memang tinggi. Sbb itu dlm PRU1, UMNO dan PAS je yg menang. UMNO jadi pemerintah dan PAS jadi Check and balance.
2. Tidak mgkin pemerintah Melayu Islam dpt digugat kerana majoriti, kecuali nafikan majoriti itu melalui perpecahan. Bangsa Cina dan India tidak berani clash UMNO kecuali PAS. Clash PAS-UMNO perlu dibesar dan diteruskan. Dlm masa sama minoriti Cina dan India mengaut untung hasil nego dari dalam (MCA kemudian GERAKAN, MIC, dll) dan desakan luaran (DAP).
3. Selama 6 dekad, PAS menerima penindasan hebat drpd pemerintah sedang kaum minoriti mendapat habuan drpd kerajaan yg berusaha meraih undi. Sengketa sesama Melayu Islam berterusan dan bernanah.
4. Perpecahan besar Melayu Islam mula dilihat dlm PRU13. UMNO menjadi sasaran hebat termasuk drpd PAS. Namun kerajaan BN pimpinan UMNO masih menang tipis.
5. Kemuncak perpecahan Melayu Islam adalah dlm PRU14. Jika dlm PRU13 hanya UMNO menjadi sasaran, dlm PRU14 mereka berjaya mewujudkan isu utk membenci PAS sekali gus dgn UMNO yg memang berkudis sekian lama. (2 parti besar umat Melayu Islam) dgn bantuan bekas pemimpin PAS yg kalah dlm pemilihan muktamar Agung dan bekas pemimpin UMNO yg disingkirkan oleh Najib.
6. Perpecahan besar Melayu Islam itu membawa kpd terbina kerajaan PH di Putrajaya. *Kristian Asia Tenggara mengishtiharkan dgn gembira bahawa Jesus Sudah Sampai di Putrajaya.* Raja dan agama Islam dihina dan dimuat dlm media maya. Bekas kumpulan komunis dgn bangga memakai uniform komunis. Tugas askar diperlekeh. Belang kiasu kelihatan jelas. Parti serpihan Melayu bungkam tanpa upaya.
7. Selepas beberapa bulan dlm pemerintahan PH, org Melayu Islam terutama PAS tersentap dari alpa. Sedar bahawa sengketa sesama Melayu Islam hanya membawa keburukan.
Menurut Islam:
a. *Umat Islam mewajib bersatu*. b. *Islam itu bersaudara.* c. *Memaafkanlah saudara itu adalah yg terbaik.* d. *Apabila terpaksa memilih mudarat, pilihlah mudharat kecil dan elak mudharat besar. Mudharat besar adalah ancaman trhadap agama Islam*.
8. Atas kesedaran itu kepimpinan PAS mengatur usaha menyatukan semula umat Melayu Islam iaitu UMNO-PAS, menubuhkan Muafakat Nasional (MN) bermula di Pasir Salak mengingatkn semula kebangkitan Melayu melawan penjajah British. Kemudian di Chenderung Balai Sg Manik mengingatkan pertempuran Melayu dgn China di Sg Tungku (Arwah datuk saya terlibat). Maka pemimpin UMNO dan PAS memetrai persefahaman MN membentuk semangat kebangsaan Melayu seperti lepas merdeka dahulu.
9. Kejayaan menubuhkan MN sgt ditakuti oleh puak kiasu dan penyokongnya termasuk Melayu yg masih leka dgn persengketaan sesama bangsa dan agama. Mengapa tidak.. sbb lepas 60 tahun baru berjaya memecahkan dominasi Melayu Islam, baru 22 bulan merasa nikmat perpecahan itu, tiba2 hilang. Usaha menggagalkan MN sprt pandangan Msia akan jadi negara Taliban, menjadi negara Islam ekstrim, ekonomi akan terbantut dll gagal.
10. PAS berusaha pula menyatukan PBBM-PAS-UMNO diberi nama Perikatan Nasional (PN). Semua kerajaan PH tumbang kecuali Penang dan Selangor.
11. Secara teknikalnya, siapa penyebab kejatuhan PH.. tentulah UMNO & PBBM sbb MP mereka ramai dan geng Azmin (yg berkelahi dgn Anwar). Ttp yg menjadi target kemarahan adalah PAS.
12. PAS dianggap bahaya bkn kerana numbers yg dia ada, ttp falsafahnya menyatukan umat Melayu Islam. Falsafah ini sgt merbahya. Ia mesti dihalang drpd trus merebak.
13. Kiasu dan penyokongnya tidak menyembur kemarahan kpd UMNO kerana berharap usaha Zahid utk kerjasama UMNO-PKR-DAP menjadi kenyataan. Zahid dan mereka yg ada kes mahkamah brharap kes mereka gugur bila Anwar jadi PM. Sbb itu Anuar Musa yg brpegang kpd No Anwar No DAP disingkirkan diganti olh Ahmad Mazlan utk meneruskan agenda.
14. Bgimanapun usaha mereka terbantut apabila Muhyidin istiharkan darurat.
15. Harapan seterusnya adalah usaha agar PN gagal. Mahu UMNO dan BERSATU trus berkelahi dgn apa alasan pun. Dan PAS yg menjadi pendamai perlu dihapuskan pengaruhnya dgn apa cara pun melalui media maya dlm masa darurat ini.
16. Jika itu berjaya, mereka akan menikmati hasilnya lepas Darurat dgn cara mengusulkan undi tidak percaya kpd Muhyidin atau bekerjasama dlm PRU15.
17. Walaupun PAS don’t have the numbers ttp sgt bahaya kerana ia menyedarkan umat Melayu Islam utk bersatu.
Snouck Hurgronje ialah seorang tokoh orientalis yang terkenal, khususnya pada masa penaklukan Acheh oleh kolonial Belanda. Dia mengkaji tentang masyarakat Islam khususnya di Acheh, sehingga menguasai budayanya dan membantu Belanda menguasai sebahagian daripada wilayah Acheh.
Sebelum itu, dia pernah ke Makkah demi mempelajari Islam dan mengkaji kehidupan masyarakat di sana. Kemudiannya, dia banyak menghasilkan penulisan berkenaan Islam untuk kajian para penjajah terhadap Islam. Dia pernah membuat kenyataan yang bermaksud:
“Tidak berbahaya sekiranya dibiarkan umat Islam beribadat sahaja, namun sangat bahaya jika mereka berpolitik kembali semula bagi menegakkan kerajaannya. Tidak berbahaya jika ulama’ hanya mengajar agama sahaja tanpa mengajar tentang politik. Adalah sangat berbahaya jika membawa trend untuk kembali semula kepada pemerintahan Khilafah (politik Islam).”
Lord Cromer iaitu seorang Gabenor Inggeris di Mesir dan Sudan pernah menegaskan dalam tulisannya:
“…bahawa tanah jajahan yang diberi kemerdekaan itu, perlu diserahkan kepada anak negeri yang dapat melangsungkan dasar-dasar dan polisi yang menjaga kepentingan dan keselamatan Barat.”
Di sana terdapat banyak lagi kenyataan yang lain, tetapi semua itu sama sahaja maksudnya semata-mata untuk menghalang Islam daripada kembali memerintah negara dan kembali semula menjadi penyelamat umat manusia. Sikap yang sama sebagaimana yang telah ditunjukkan oleh umat terdahulu yang menentang petunjuk Allah SWT iaitu Islam. Agama sempurna yang menjadi perjuangan para anbiya’ AS.
“Pada mulanya manusia itu ialah umat yang satu (menurut agama Allah yang satu, tetapi setelah mereka berselisihan), maka Allah mengutuskan Nabi-nabi sebagai pemberi khabar gembira (kepada orang-orang yang beriman dengan balasan syurga, dan pemberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar dengan balasan azab neraka); dan Allah menurunkan bersama Nabi-nabi itu Kitab-kitab Suci yang (mengandungi keterangan-keterangan yang) benar, untuk menjalankan hukum antara manusia mengenai apa yang mereka perselisihkan dan (sebenarnya) tiada yang berselisih itu melainkan orang-orang yang telah diberikan kepada mereka Kitab-kitab Suci itu, iaitu sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan yang jelas nyata (mereka berselisih semata-mata kerana hasad dengki sesama sendiri). Maka, Allah memberikan petunjuk kepada orang-orang yang beriman ke arah kebenaran yang diperselisihkan oleh mereka (yang derhaka itu), dengan izin-Nya. Dan Allah sentiasa memberi petunjuk hidayah-Nya kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya ke jalan yang lurus (menurut undang-undang peraturan-Nya).” (Surah al-Baqarah: 213)
Langkah untuk memurtadkan umat Islam secara total daripada agamanya, dianggap suatu usaha yang mustahil oleh Barat. Lalu, Barat mengubah pendekatan yang dirancang supaya Islam tidak lagi berkuasa dengan mengambil pendekatan sekularisme, apabila kuasa Islam disempitkan hanya dalam urusan ibadat, diri dan kekeluargaan.
Adapun kuasa pentadbiran negara sepenuhnya dipegang oleh petugas yang dilantik oleh penjajah yang menguasai urusan kehidupan yang lebih luas dalam masyarakat. Inilah pendekatan yang dilaksanakan melalui konsep sekularisme secara halus, sehingga membawa kepada penjajahan pemikiran dan kefahaman dalam masyarakat Islam yang sebahagian besarnya jahil berkenaan agama sendiri.
Seterusnya diatur perancangan melalui aspek pentadbiran, pelajaran, pendidikan dan media. Maka, akhirnya berlakulah perkara yang telah disebutkan oleh Rasulullah SAW melalui sabdanya:
“Sungguh kalian akan terpengaruh dengan perjalanan kalangan yang terdahulu daripada kalian (Yahudi dan Kristian), sejengkal demi sejengkal dan sehasta demi sehasta, sehingga mereka masuk ke dalam lubang biawak pun kalian akan mengikuti mereka juga.” (Riwayat al-Bukhari 3456 dan Muslim 2669)
Maka, dilaksanakan agenda pemisahan politik daripada agama yang dilakukan oleh agama kitabi dengan meninggalkan ajaran Islam yang sempurna oleh para Rasul. Kemudiannya, agenda tersebut dilaksanakan terhadap masyarakat dan umat Islam di tanah air yang telah dijajah itu.
Selepas itu, menjadi suatu syarat penting bagi kemerdekaan tanah air Islam yang dijajah dengan menegakkan sebuah negara Islam sekular yang memisahkan politik daripada agama. Dengan erti kata yang lain ialah mengekalkan sistem pemerintahan yang dilaksanakan oleh penjajah ketika penaklukan mereka, atau tidak memilih sistem pemerintahan Islam yang memerintah dan mentadbir, tetapi Islam yang ditadbir tanpa mempunyai kuasa atau terus ditinggalkan Islam tanpa sebarang peranan dalam pentadbiran negara.
Semua kerajaan yang ditubuhkan selepas peninggalan penjajah diatur mengikut sistem sekular dengan meminggirkan kumpulan Islam yang memulakan perjuangan menentang penjajah. Bahkan, semua parti Islam yang memenangi pilihan raya secara demokrasi turut dibatalkan.
Antaranya seperti kerajaan yang dibentuk oleh Parti Islam Majlis Syura Muslimin (Masyumi) di Indonesia yang memenangi Pemilu pada tahun 1955 telah dijatuhkan. Selain itu, Pilihan Raya Majlis Perbandaran di Algeria pada tahun 1990 juga dibatalkan selepas parti Islam mendapat kemenangan yang lebih besar.
Dalam pada itu, kerajaan pilihan rakyat di Mesir juga digulingkan apabila ia dikuasai oleh kumpulan Islam. Termasuklah sebelum itu, kemenangan Hamas di Gaza tidak diiktiraf kerana dasar Islamnya. Terkini pula kerajaan Tunisia yang didominasi oleh Parti Islam al-Nahdah dibubarkan.
Apabila penjajah British meninggalkan Yaman Selatan, ditinggalnya di bawah pemerintah Komunis Marxis walaupun kumpulan itu dianggap musuh kepada blok Barat. Maka menjadi satu-satunya negara komunis di tengah-tengah negara Arab, sehingga mereka berkuasa dalam tempoh masa yang lama.
Kemudian kerajaan tersebut digulingkan oleh rakyatnya dan terus menjadi medan perang proksi dalam kalangan kuasa besar sehingga kini. Ini bertujuan bagi menghalang tertegaknya sebuah negara Islam yang dianggap menjadi ancaman kepada Barat dan sekutunya, Israel.
Setelah wilayah Islam di Asia Tengah bebas daripada pengaruh blok Komunis, Ehud Barak iaitu mantan Perdana Menteri Israel membuat kenyataan terbuka mengenai kebimbangan wilayah tersebut kembali dikuasai oleh kumpulan Islam.
Kita dapat menyaksikan selepas itu hanya penubuhan negara sekular sahaja yang diizinkan berlaku, sama ada negara tersebut bergabung dengan blok Timur atau blok Barat dalam bentuk baru.
Selepas majoriti Islam rakyat Bosnia-Herzegovina berjaya membebaskan diri daripada cengakaman blok Sosialis, mereka terus berjuang dengan tidak menyerah kalah. Apabila terdapat tanda-tanda kemenangan, maka berlakulah campur tangan yang memaksa supaya kemerdekaannya tidak wujud sebagai sebuah negara Islam yang sebenar di tengah-tengah Eropah.
Pemimpin utama negara Bosnia-Herzegovina, Ali Ezzat Begovic terpaksa menerima syarat memerintah sebuah negara sekular yang sangat bercanggah dengan perjuangannya.
Berlaku satu peristiwa ketika dirinya sudah terlewat datang ke masjid untuk mendirikan solat Jumaat, tiba-tiba diarahkan para jemaah yang memenuhi masjid untuk memberikan laluan kepadanya berada di saf paling hadapan. Ketika itu, Almarhum berpaling kepada orang ramai, lalu berkata:
“Inilah kelemahan pertama demokrasi Barat.”
Negara Turki selepas kejatuhan Kerajaan Turki ‘Uthmaniyyah, telah dipinda perlembagaannya oleh Mustafa Kamal Ataturk bagi mempertahankan prinsip dan konsep sekularisme yang dilindungi oleh tentera yang merampas kuasa. Ia dilakukan kerana bimbang sekiranya Turki berubah untuk kembali kepada Islam. Mantan Perdana Mneteri Turki, Almarhum Adnan Menderes yang berjaya memenangi pilihan raya sekitar tahun 60-an dijatuhkan hukuman mati oleh tentera, kerana beliau menunjukkan perubahan Turki untuk kembali kepada Islam.
Almarhum Prof. Najmuddin Erbakan bersama partinya yang berjaya menuju ke arah Islam juga digulingkan beberapa kali, sekalipun berada dalam sebuah kerajaan campuran bersama-sama parti-parti sekular. Almarhum telah menubuhkan parti baharu berulang kali setelah dibebaskan daripada tahanan, namun terus-menerus digulingkan beberapa kali kerana ternyata beliau mahu mengembalikan Turki kepada Islam.
Akhirnya, Recep Tayyip Erdogan yang mengubah pendekatan parti AK, membuat janji kepada para Jeneral bagi mempertahankan sistem sekular dan benar-benar mengamalkan demokrasi. Setelah mengambil langkah dan pendekatan memberikan hak demokrasi yang sebenar kepada Islam untuk diamalkan secara sistem sekularisme, maka telah mencetuskan kebangkitan semula kepada Islam. Lalu, akhirnya dirancang satu lagi siri rampasan kuasa tentera, namun usaha itu gagal menghalang kebangkitan rakyat yang menghadapinya.
Islam ditentang tanpa mengira mazhab. Shah Iran, Reza Shah Pahlavi yang memerintah secara diktator diiktiraf kerana pegangan sekularnya, sehingga berlaku perubahan melalui Revolusi Islam Iran yang menjatuhkannya. Adapun negara Iran yang berubah kepada amalan demokrasi pilihan rakyat ditentang dan dikepung habis-habisan, bukan kerana Syiah yang menjadi mazhabnya, tetapi kerana Islam yang menjadi pegangannya.
Begitu juga, langkah bagi menentang penubuhan kerajaan Islam di Afghanistan oleh kumpulan Mujahidin dan terkini Taliban, ditentang habis-habisan atas nama menentang memerangi keganasan, walaupun Barat juga menyerang dengan cara yang paling ganas dan melampau.
Semua senario yang berlaku menunjukkan penipuan slogan demokrasi purba, iaitu suara rakyat, suara Tuhan atau suara rakyat, suara keramat yang diucapkan oleh pendukung sekular yang menolak kuasa agama dalam politik. Ternyata bahawa para pemimpinnya berlagak menjadi Tuhan yang berkuasa dan melakukan apa sahaja bagi mendapatkan dan mengekalkan kuasanya. Sama ada melalui cara rasuah, menipu, sehinggalah cara kekerasan atas nama undang-undang ciptaan mereka sendiri.
“Apakah patut mereka mempunyai sembahan-sembahan yang mensyariatkan untuk mereka agama yang tidak diizinkan oleh Allah? Dan sekiranya tiada ketetapan yang menjadi pemutus (daripada Allah), tentulah mereka (yang berbuat demikian) dijatuhkan azab dengan serta-merta. Dan sesungguhnya orang-orang yang zalim itu akan beroleh azab seksa yang amat pedih.” (Surah al-Syura: 21)
Walaupun demokrasi moden melakukan perubahan daripada demokrasi purba yang bohong dengan slogan asalnya terdahulu, namun perubahan selepas Revolusi Perancis berlaku setelah para orientalis mengkaji fiqh politik Islam daripada segala mazhabnya. Namun, rakyat tidak mendapat hak mereka yang sebenarnya sepertimana yang telah ditunjukkan oleh Islam bahawa hak rakyat tetap diberikan, tetapi hak Allah yang Maha Berkuasa mengatasi segala kuasa para pemimpin.
Negara Sosialis dan Komunis meletakkan perkataan demokrasi dan rakyat pada jenama negaranya, tetapi mereka tetap melaksanakan pendekatan ‘dictatorship’ (pemerintah secara kuku besi) yang memaksa rakyat lebih kejam daripada demokrasi Barat yang liberal.
Sikap ‘double standard’ bukan sahaja dilakukan terhadap Islam yang tidak diberikan hak oleh demokrasi sekular, bahkan rakyat mereka yang percaya kepada sistemnya juga menjadi mangsa penyelewengan demokrasi yang tiada kuasa agama dapat mengatasinya.
Kita baru sahaja menyaksikan contoh bagaimana cara samseng digunakan dalam Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat yang dianggap sebagai model demokrasi di negara Barat yang paling maju. Pada masa yang sama, munculnya fahaman liberal yang melampaui sempadan sifat fitrah manusia atas nama kebebasan dan hak yang dikatakan hak asasi.
Namun begitu, ia telah merosakkan sifat kemanusiaan yang mulia yang dikurniakan oleh Allah SWT. Apa yang berlaku adalah keruntuhan jati diri dan kemusnahan institusi kekeluargaan yang boleh meruntuhkan kehidupan bermasyarakat madani dan juga menempah kemusnahan alam. Sehingga keadaan tersebut menjadikan manusia lebih sesat daripada binatang yang tidak berakal. Hal ini sebagaimana firman Allah SWT:
“Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam kebanyakan daripada jin dan manusia, mereka mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ayat-ayat Allah); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.” (Surah al-A‘raf: 179)
Adapun negara Islam yang meneruskan warisan para penjajah menghadapi masalah yang sama dengan negara pencipta teori dan ideologinya, bahkan semakin menambahkan masalah dan terus lemah tidak membangun menjadi negara yang maju dan kuat.
Maka, sudah tiba masanya untuk semua kembali ke pangkal jalan Islam yang sempurna. Agama yang telah terbukti kejayaannya, apabila manusia berpegang dengan teguh kepada syariat Islam dan mulia bersama dengannya. Terbukti juga kesesatan teori dan ideologi selain daripada Islam, sehingga telah menunjukkan akibat mendapat kehinaan di dunia sebelum kehinaan di akhirat kelak.
Lebih baik bodoh tapi baik hati. Daripada pandai tapi dalam hati jahat. Org yg baik tidak akan buat kejahatan. Dan org yg jahat tidak akan buat kebaikkan. Waallahu aklam.