7

.

*7 JENIS ALIM YANG BELUM ANDA KETAHUI*




*1. ALIM KETAM*

– Alim ketam cukup banyak, sebab dia menyuruh orang melakukan kebaikan tetapi dia sendiri pun jalan tak betul.


*2. ALIM UDANG GALAH*

– Bercakap tentang agama cukup pandai, tetapi dalam kepala dia penuh tahi memikirkan dunia.


*3. ALIM BELUT*

– Bila bercakap bab agama cukup lembut tetapi menipu cukup licik untuk melepaskan diri bila tersepit.


*4. ALIM BURUNG MURAI*

– Alim yang banyak bercakap bab agama tetapi banyak mengkritik dan menghina orang lain, kerana dia menganggap dirinya sahaja yang bijak.


*5. ALIM BIOLA*

– Banyak membuat orang berkhayal dengan cerita-cerita dunia tanpa pegangan akhirat.


*6. ALIM BURUNG MERAK*

– Alim burung merak ini hanya bergaya dengan pakaian jubah dan serban sahaja, tetapi tiada ilmu didada, berpakaian hanyalah untuk menunjuk-nunjuk.


*7. ALIM PELITA*

– _*Alim pelita itulah yang benar-benar alim kerana ilmunya yang terang, menyuluh kebenaran dan hak, penuh dengan ilmu hikmah sehinggakan sanggup membakar dirinya untuk menerangi orang lain kerana Allah.*_


_Inilah alim yang ada sekarang ini, dan yang paling sukar ditemui ialah *alim pelita.*_


*” AWALLUDIN MAK’RIFATULLAH “*

_Allah Subhanahu Wa Ta’ala berfirman :_

كَبُرَ مَقْتًا عِنْدَ اللّٰهِ اَنْ تَقُوْلُوْا مَا لَا تَفْعَلُوْنَ
_kaburo maqtan ‘ingdallohi ang taquuluu maa laa taf’aluun_

_*”Amat besar kebenciannya di sisi Allah – kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.”*_

(QS. As-Saff 61: Ayat 3)



_Semoga bermanfaat untuk perkongsian kita bersama._


*Selamat Hari Raya*.